MOTIVASI
Motivasi membawa maksud kepada tingkah laku untuk mencapai keinginan dalam diri setiap pelajar yang mendapatkan bantuan dari guruyang akan menyebabkan pelajar sentiasa ingin mencuba berusaha. Ianya juga merupakan sesuatu perkara yang akan menaikkan semangat pelajar untuk mencapai tujuan utama mereka. Terdapat dua hubungan motivasi murid dan pembelajaran iaitu murid motivasi rendah dan murid motivasi tinggi. Antara contoh murid motivasi rendah ialah tidak peduli akan pencapaian sendiri serta pasif dan malas dalam pembelajaran. Bagi murid motivasi tinggi pula merupakan individu yang sentiasa membuat semakan akan prestasi sendiri dan juga kritis dan kreatif dalam pembelajaran. Terdapat dua teknik motivasi iaitu teknik intrinsik dan ekstrinsik. Teknik intrinsik merupakan hasil dorongan dalaman dan minat seseorang untuk melakukan sesuatu perkara tanpa memikirkan ganjaran dan ianya merupakan sifat semulajadi seseorang dengan unsur yang sedia ada dalam proses pembelajaran dan boleh te...