MOTIVASI
Motivasi membawa maksud kepada tingkah laku untuk mencapai
keinginan dalam diri setiap pelajar yang mendapatkan bantuan dari guruyang akan
menyebabkan pelajar sentiasa ingin mencuba berusaha. Ianya juga merupakan
sesuatu perkara yang akan menaikkan semangat pelajar untuk mencapai tujuan
utama mereka.
Terdapat dua hubungan motivasi murid dan pembelajaran iaitu
murid motivasi rendah dan murid motivasi tinggi. Antara contoh murid motivasi rendah ialah
tidak peduli akan pencapaian sendiri serta pasif dan malas dalam pembelajaran.
Bagi murid motivasi tinggi pula merupakan individu yang sentiasa membuat
semakan akan prestasi sendiri dan juga kritis dan kreatif dalam pembelajaran.
Terdapat dua teknik motivasi iaitu teknik intrinsik dan ekstrinsik.
Teknik intrinsik merupakan hasil dorongan dalaman dan minat
seseorang untuk melakukan sesuatu perkara tanpa memikirkan ganjaran dan ianya
merupakan sifat semulajadi seseorang dengan unsur yang sedia ada dalam proses
pembelajaran dan boleh terbentuk juga dari pengalaman. Teknik ekstrinsik pula
sebaliknya, di mana dipengaruhi oleh rangsangan luar iaitu sesuatu aktiviti
yang membawa faedah kepada dirinya.
Para guru boleh
meningkatkan motivasi kepada pelajar melalui menyediakan persekitaran
pengajaran dan pembelajaran yang mampu memberangsang pelajar untuk menjadi
lebih baik. Sebagai contoh persekitaran yang baik ialah menyediakan suasana
bilik darjah yang kondusif untuk pelajarnya, menentukan sasaran dan taraf
pencapaian akademik yang perlu dicapai dan memastikan penglibatan pelajar dalam
semua aktiviti pembelajaran di dalam atau di luar kelas
Ulasan
Catat Ulasan